kahwin, bukan satu perkara yang mudah.
Bukan perkara endah tak endah.
Bukan juga hanya menghindar resah.
Alam perkahwinan menjanjikan seribu satu perasaan. Bukan Cuma bahagia yang ada. Bukan juga hanya sengsara yang tercipta. Persoalannya, bagaimana kita membentuk rumahtangga itu.
Membentuk rumahtangga bukan hanya ambil kira siapa pasangan kita.
” calon ana ni insyaALLAH soleh, dah kerja, aktivis dakwah lagi. takkan nak tolak. Kan ada satu hadis
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam :
“ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”
Ana takut berlaku fitnah dan kerosakan..."
Ya, itu satu sisi. Bakal pasangan kita orang yang soleh. Bakal pasangan kita mampu memberi nafkah zahir dan batin. Dia juga seorang yang sudah jelas fikrah dan manhaj perjuangan. Mungkin juga, dia ambil jalan nikah ini supaya masing-masing bebas dari fitnah dan kehancuran.
Baiklah, Kita cuba pandang dari sisi yang lain.
Diri kita. Adakah kita benar2 bersedia?
Memang, kita selamanya takkan benar-benar sedia. Perfect!. Tidak mungkin sama sekali. Sahabat-sahabat, kita sama-sama remaja. Saya rasa apa yang kalian rasa. Saya lalui apa yang kalian lalui. Saya fikir apa yang kalian fikir. Saya buat apa yang sepatutnya kalian juga buat.
Tapi kita tetap berbeza. Saya ,menulis kalian membaca. Beza kan?
Pengalaman kita beza. Latarbelakang keluarga, Persekitaran kawan-kawan dan sekolah, bahan bacaan dan input kita dari sekolah kehidupaan tidak semuanyaa sama. Sedangkan, itulah yang membina pengalaman.
baitulmuslim . Saya ada pengalamankah? Oh, Belum lagi.
Jadi, saya menulis berdasarkan ‘pengalaman’ seorang remaja bernama zahra’.
Umur 19 tahun adalah umur yang sepatutnya sudah matang. lebih dari boleh jika mahu membezakan perlu atau tidak berkahwin pada saat ini. Ukur baju di badan sendiri. Syaratnya, ukurlah dengan iman bukan ukur dengan nafsu. majoriti remaja sekarang hanya mengukur dengan jiwa sedangkan jiwa mereka hanya dipenuhi nafsu tanpa kawalan iman dan taqwa.
Kepada sahabat-sahabat yang sedang atau ‘akan’ dilamar, renung diri kita...
Sudahkan terpenuhi hak kita kepada ALLAH sebagai hambaNYA?
Kalau belum, bagaimana kita mahu memenuhi hak manusia bernama suami/isteri dalam keadaan kita masih terkapai-kapai mencari solusi kepada konflik identiti diri kita?
Sudahkah ALLAH redha dengan perjalanan masa lalu kita?
Kalau belum pasti, bagaimana kita mahu mendapat redha manusia(suami/isteri) dalam situsi kita yang masih kontang dari redha ALLAH.
Adakah kita benar-benar ‘ada’ ilmu untuk mengurus sebuah baitul muslim?
Kalau belum cukup, tambahlah. Kalau belum ada, macamana kita boleh kata nak kahwin untuk elak fitnah. sedangkan bila kita kahwin tanpa ilmu yang sepatutnya, tanpa sedar kita telah mendatangkan fitnah kepada islam dan institusi baitul muslim itu sendiri. Wal ‘iyazubillah.
Akhir kalam...
Sudahlah,hentikan cakap-cakap tentang baitulmuslim.
Sekatlah angan-angan mendapat anak yang soleh dan musleh.
Bantutkan mimpi-mimpi indah gerakkan islam bersama pasangan.
Sekarang, ubah semua itu!
Mulakan diskusi-diskusi ilmiah berkenaan baitulmuslim.
rangka strategi mentarbiah amanah ALLAh menjadi insan soleh wa musleh.
Segarkan dan baharui niat untuk wanita dan lelaki itu saling membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar
Salam sayang dan rindu kerana ALLAH buat pembaca blog ~AL faqiru ilALLAH~. insyaALLAH kita sama-sama berusaha menjadi kekasih ALLAH.
Semoga ALLAH merahmati penulisan ini.
-
No comments:
Post a Comment